Surah Al-Mumenoon
(Sambil
dikatakan kepada mereka): Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada
kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya? (105) Mereka
menjawab: Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab
kecelakaan kami dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat. (106) Wahai
Tuhan kami, keluarkanlah kami dari Neraka ini (serta kembalikanlah kami
ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan
maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim. (107) (Allah)
berfirman: Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam Neraka dan janganlah
kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu! (108) Sesungguhnya
ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan
berkata: Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah
dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangnya Engkaulah jua
sebaik-baik Pemberi rahmat. (109) Maka
kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka
menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu dan kamu pula sentiasa
tertawakan mereka. (110) Sesungguhnya
Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan)
disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang
berjaya. (111) Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi? (112) Mereka
menjawab: Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari
sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan
menghitung (umur). (113) Allah
berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja,
kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
(114) Maka
adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari
tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?
Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? (115) Maka
(dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh
alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang
mempunyai Arasy yang mulia. (116) Dan
sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak
berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya
hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi
Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya. (117) Dan
berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): Wahai Tuhanku, berikanlah
ampun dan kurniakan rahmat dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik
Pemberi rahmat! (118)
No comments:
Post a Comment