Sunday, November 27, 2016
Surah An Nur. Ayat 1-10.
Surah Al-Noor
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Ini
ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya,
serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu
beringat (mengamalkannya). (1) Perempuan
yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap
seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi
oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum
agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan
hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh
sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (2) Lelaki
yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan
perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina
itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh
lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian
itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (3) Dan
orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang
terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang
saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu
menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah
orang-orang yang fasik. (4) Kecuali
orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang
tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (5) Dan
orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada
saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri,
maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu
hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa
sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar. (6) Dan
sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): Bahawa laknat Allah akan
menimpa dirinya jika dia dari orang-orang yang dusta. (7) Dan
bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu
hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya
(yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta.
(8) Dan
sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan
menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar. (9) Dan
kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada
kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima
taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu) akan mengalami kesusahan
yang sukar diatasi). (10)
Surah Al Mumenoon. Ayat 105-118.
Surah Al-Mumenoon
(Sambil
dikatakan kepada mereka): Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada
kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya? (105) Mereka
menjawab: Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab
kecelakaan kami dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat. (106) Wahai
Tuhan kami, keluarkanlah kami dari Neraka ini (serta kembalikanlah kami
ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan
maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim. (107) (Allah)
berfirman: Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam Neraka dan janganlah
kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu! (108) Sesungguhnya
ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan
berkata: Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah
dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangnya Engkaulah jua
sebaik-baik Pemberi rahmat. (109) Maka
kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka
menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu dan kamu pula sentiasa
tertawakan mereka. (110) Sesungguhnya
Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan)
disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang
berjaya. (111) Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi? (112) Mereka
menjawab: Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari
sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan
menghitung (umur). (113) Allah
berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja,
kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
(114) Maka
adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari
tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?
Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? (115) Maka
(dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh
alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang
mempunyai Arasy yang mulia. (116) Dan
sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak
berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya
hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi
Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya. (117) Dan
berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): Wahai Tuhanku, berikanlah
ampun dan kurniakan rahmat dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik
Pemberi rahmat! (118)
Monday, November 21, 2016
Sunday, November 20, 2016
Friday, November 18, 2016
Thursday, November 17, 2016
Saturday, November 12, 2016
Surah Al Araf. Ayat 144-149.
Surah Al-Araf
Allah
berfirman: Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia
(yang ada pada zamanmu), dengan membawa perutusanKu (Kitab Taurat) dan
dengan KalamKu; oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu dan
jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur. (144) Dan
Kami telah menuliskan bagi Nabi Musa pada Luh-luh (Taurat) itu, dari
pelbagai jenis nasihat pengajaran dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu
(dasar Syariat dan hukum-hukumnya). Oleh itu, terimalah dia (dan
amalkanlah wahai Musa) dengan bersungguh-sungguh dan suruhlah kaummu
berpegang (serta mengamalkan) yang sebaik-baiknya (iaitu
suruhan-suruhannya). Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri
orang-orang yang fasik (derhaka). (145) Aku
akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi
dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang
menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika
mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman
kepadanya dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayat
petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui dan
sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus
mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana
mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
(146) Dan
orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhirat,
gugurlah amal-amal mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan
(pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan
(dari perbuatan kufur dan maksiat). (147) Dan
kaum Nabi Musa, sesudah dia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat
dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang
bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): Tidakkah mereka memikirkan
bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat
juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala
yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan
kezaliman. (148) Dan
setelah mereka menyesal (akan apa yang mereka lakukan) dan mengetahui
bahawa mereka telah sesat, berkatalah mereka: Sesungguhnya jika Tuhan
kami tidak memberi rahmat kepada kami dan mengampunkan kami, nescaya
menjadilah kami dari orang-orang yang rugi. (149)
Friday, November 11, 2016
Friday, May 13, 2016
Thursday, February 4, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)